Friday, March 6, 2009

Ion Negatif

Apa itu Ion Negatif?

Memang sudah diketahui memakan lebih banyak makanan beralkali seperti buah-buahan dan sayur-sayuran baik untuk kesihatan. Namun keseimbangan pH yang berasid pula menjadikan tubuh badan lemah serta mudah mendapat jangkitan kuman.

Darah menjadi lebih berasid apabila ia kehilangan elektron. Kehilangan elektron dalam darah boleh diatasi dengan adanya ion negatif yang kaya dengan elektron, meningkatkan sistem ketahanan diri agar tidak mudah jatuh sakit. Inilah sebabnya mengapa produk ion negatif semakin mendapat tempat di hati pengguna.

Metabolisme, yakni suatu proses memperolehi nutrien dari dalam darah dan menghasilkan bahan kumuhan lalu dibuang dari dalam badan merupakan proses penting dalam sel badan manusia. Semakin banyak ion negatif dalam darah, proses metabolisme dalam sel menjadi semakin cekap.

Sebaliknya, jika banyak ion positif ada dalam darah, sistem metabolisme menjadi lembab dan kurang cekap. Ini menjadikan sel badan lemah dan seseorang itu mudah sakit dan proses penuaan berlaku dengan cepat.

Sudah banyak ujian dilakukan ke atas ion positif dan negatif. Apabila ion negatif diresapkan ke dalam kulit, pori dan kelenjar peluh mengembang. Ini menunjukkan metabolisme yang baik dalam sel membran.

Tubuh badan manusia sememangnya dikelilingi oleh ion. Oleh itu, peranan elektron di dalam dan di luar sel tubuh mempunyai pengaruh yang besar kepada tubuh manusia.

Sekiranya kita bernafas dalam udara yang mengandungi ion negatif sebanyak 5000 ke 50,000cc, ia meningkatkan sistem ketahanan diri.

Apabila kita bernafas dalam udara yang mengandungi ion negatif sebanyak 100,000 ke 500,000cc, ia dapat memulihkan penyakit.

85% negatif ion diresapkan menerusi kulit, hanya 15% masuk menerusi pernafasan. (Petikan daripada majalah Economy Daily News, 30/1/2002(II).

Lagi mengenai kehebatan Ion Negatif

Ion negatif berkesan dalam empat perkara berikut:-

1) Menyucikan darah, mengawal keseimbangan pH dan merangsang peredaran darah.
2) Memudakan semula sel, merangsang metabolisme sel.
3) Meningkatkan lagi sistem ketahanan diri jadi anda tidak mudah jatuh sakit atau demam.
4) Mengawal saraf autonomi dan mempertingkatkan lagi kesihatan anda. 

Ion negatif membantu anda mengekalkan tahap kalsium dalam serum darah supaya berada dalam keadaan yang sihat, iaitu 4 miligram kalsium dalam setiap 100cc serum darah.

Apa Dia dan Mengapa Teviron?

Teviron adalah sejenis gentian terunggul di dunia. Ia mempunyai 4 ciri yang hebat.

1) Penebat haba yang jauh lebih baik apabila dibandingkan dengan kain kapas, kain rayon, kain bulu dan gentian akrilik.

2) Meresap lembapan dengan hebat, jadi tidak rimas memakainya dan tidak perlu risau jika banyak berpeluh. Cepat kering - mengambil masa 10 minit berbanding kain kapas yang kering selepas 40 minit.


3) Tidak mudah terbakar.

4) Berteknologi Ion Negatif yang mengagumkan.

No comments:

Post a Comment