Friday, March 6, 2009

Fakta dan Soal Jawab mengenai Ion Negatif

1) Apa Itu Ion Negatif dan di Mana Ia Boleh di Dapati?

Ion Negatif adalah molekul yang terjadi secara semula jadi, tidak berbau, tidak mempunyai rasa dan tidak nampak pada penglihatan mata kasar. Ia banyak di dapati di kawasan air terjun, di tepi pantai, di kawasan hutan dan kawasan peranginan semula jadi. Banyak kajian sudah dijalankan di seluruh dunia dan bersetuju ion negatif berguna kepada kesihatan kita manakal Ion Positif tidak bermanfaat kepada kita.

Kehidupan di hutan batu mengandungi sedikit ion negatif. Jika anda bekerja di bangunan batu yang berhawa dingin, tidakkah anda perlukan rehat atau pergi bercuti ke tempat lain? Selalunya tempat yang menjadi pilihan adalah di tepi laut atau mendaki gunung. Tidakkah anda berasa lebih segar, gembira, ringan, semua masalah lenyap ketika berada di sana? Semua perasaan yang positif ini adalah disebabkan anda mendapat bekalan ion negatif yang banyak sewaktu bercuti ke tempat sebegitu. Bandingkan perasaan anda jika anda pergi ke bandar-bandar sibuk, apa pula perasaan anda? 

2) Apakah Teviron?

Teviron adalah sejenis gentian terhebat di dunia yang dicipta oleh negara matahari terbit, sudah memenangi banyak anugerah dan diiktiraf menyumbang kepada tahap kesihatan penduduk, ekonomi serta masyarakat Jepun.

3) Mengapa tahap kesihatan seseorang itu bertambah baik apabila memakai pakaian yang diperbuat daripada teviron? Apakah kebaikan Ion Negatif kepada tubuh manusia?

Gentian teviron ini menyelaputi tubuh badan anda dengan Ion Negatif. Apabila kita mendapat bekalan Ion Negatif yang banyak, ia akan meningkatkan lagi tiga perkara berikut:-

i) mempertingkatkan lagi kecekapan penggunaan oksigen
ii) menajamkan lagi tumpuan minda
iii) menambahkan lagi tahap kepekaan.

Selain itu, ia dapat:-
i) melegakan rasa sakit
ii) meningkatkan kadar metabolisme
iii) melancarkan peredaran darah
iii) mengukuhkan sistem ketahanan diri
iv) mengawal sistem saraf autonomi
v) dapat membantu menghilangkan rasa putus asa dengan kehidupan.

Pakaian teviron juga membantu menghalang anda daripada diserang oleh Ion Positif yang mendatangkan banyak penyakit itu setiap masa.

4) Adakah anda masih mendapat khasiat Ion Negatif walaupun dipadankan dengan pakaian biasa?

Sudah tentu! Memang produk teviron dicipta supaya boleh dipakai dan dipadankan dengan pakaian lain.

5) Bolehkah dan bagaimanakah produk ini dicuci?

Semua produk teviron boleh dicuci. Namun ada cara tertentu bagaimana ia boleh dicuci dan dengan menggunakan sabun yang khas sahaja demi mengelakkannya daripada rosak.

6) Mana lebih baik, Ionic Generator ataupun pakaian teviron? 

Ionic Generator boleh menghasilkan Ion Negatif bagi mengelokkan kualiti udara di tempat mana ia dipasang. Namun terdapat beberapa kelemahan contohnya bau yang kurang menyenangkan, kos penyelenggaraan, kos menukar bahagian rosak, bunyi yang bising, lapisan ozon yang membahayakan serta tidak mudah di bawa. Pakaian teviron pula hanya perlu dipakai dan anda sudah mendapat perlindungan daripada Ion Negatif.

7) Apakah jenis-jenis produk teviron yang boleh didapati?

Produk keluaran teviron termasukkan pakaian dalam, pakaian pembentukan badan, cadar tilam dan selimut, pakaian biasa dan lain-lain alat bantuan untuk kegunaan mata, sendi-sendi, stokin dsb.

8) Siapakah yang boleh menggunakan pakaian teviron ini?

Pakaian teviron sesuai untuk dipakai oleh lelaki dan wanita, bayi, kanak-kanak, orang tua yang sering sakit-sakit dll.

9) Bolehkah aksesori bilik tidur dapat membantu orang yang susah tidur malam?

Ramai yang berkata cadar dan selimut teviron membantu mereka tidur lena. Rasa stres dan ketegangan segera hilang dan tidur menjadi nyenyak. Bukan itu saja, alas tilam dan sarung bantal dan selimut dapat memulihkan pesakit yang menderita sakit kronik.

No comments:

Post a Comment