Friday, March 6, 2009

Beza Ion Negatif dengan Ion Positif

Rasa sakit yang tidak diketahui puncanya mungkin disebabkan kurangnya Ion Negatif dalam badan kita.

Menurut kajian yang dilakukan oleh para saintis Jepun, Ion Negatif adalah zarah-zarah yang dicaj secara elektrik yang terapung di sekeliling kita sepanjang masa. Jumlah Ion Positif berbanding Ion Negatif di kalangan bayi baru lahir adalah 20% dan 80%. Jumlah ini dipercayai merupakan nisbah paling baik dalam diri manusia. Namun, masa berjalan dan ditambah pula dengan perubahan persekitaran, Ion Negatif dalam badan berkurangan manakala Ion Positif bertambah banyak dalam badan. Ion Positif menyebabkan darah menjadi likat lalu menjadi lebih berasid. Penyerapan nutrien dan perkumuhan menjadi kurang cekap, menyebabkan proses metabolisme menjadi lembab. Fungsi badan semakin menurun. Penyusutan Ion Negatif dalam badan adalah penyebab masalah mental dan fizikal semakin meningkat.

Menurut Asian Medical Journal, jumlah Ion Negatif dalam udara adalah seperti berikut (bagi setiap 1cc udara):-

1,000 - 2,000 - bagus untuk kesihatan
5,000 - 50,000 - dapat mengukuhkan dan memperbaiki sistem kekebalan diri
100,000 - 500,000 - dapat membantu badan menyembuhkan sakitnya sendiri

Organ terbesar dalam badan manusia adalah kulit. Kita hanya dapat menyerap 15% Ion Negatif menerusi pernafasan. Sekiranya kita menggunakan kulit kita bagi menyerap Ion Negatif, 85% Ion Negatif dapat diserap.

Oleh itu, badan kita dapat menyerap 100% Ion Negatif seandainya kita memakai pakaian yang diperbuat daripada Teviron.

No comments:

Post a Comment